Khamis, 18 Julai 2019

10 JENIS HUKUMAN MATI PALING MENGGERUNKAN DALAM SEJARAH DUNIA

Selama berabad-abad lamanya dunia telah menyaksikan banyak bentuk hukuman dimana beberapa dianataranya berbentuk kejam dibandingkan dengan hukuman lain.

Beberapa bentuk hukuman yang sadis dan tidak bertamadun ini mungkin sudah tidak ada lagi dan hanya dapat kita baca dari catatan sejarah.

1. Ditanam Hidup-Hidup


Di antara jenis hukuman mati yang popular sejak zaman dahulu lagi adalah, mangsa yang dijatuhui hukuman akan ditanam ke dalam tanah dalam keadaan masih hidup. Mangsa akan mati kerana sesak nafas.

2. Sarang Ular


Kebiasaannya, mangsa akan dimasukkan ke dalam lubang yang dipenuhi ular berbisa. Mangsa akan mati disebabkan kegagalan jantung kerana bisa daripada ular-ular tersebut.

3. The Spanish Tickler


Sejenis penyeksaan yang sangat popular di Eropah pada zaman pertengahan. Mangsa akan diseksa dengan menggunakan sejenis peralatan yang berbentuk seperti cakar yang akan menyiat kulit pada tubuh sehingga koyak. Mangsa akan mati akibat kehilangan darah yang banyak.

4. Menghiris 


Mangsa akan dihiris dengan menggunakan objek tajam seperti pisau ataupun pedang sehingga mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak. Aduh.. Sakitnya tu. Kita boleh bayangkan bertapa terseksanya pesalah itu dihiris setiap dagingnya secara perlahan-lahan sampai dia mati. Entahlah, apa jenis kesalahan yang dilakukan oleh pesalah itu sehingga dikenakan hukuman seperti itu.

5. Unggun Api


Kebiasaannya, hukuman jenis ini akan dijatuhkan kepada pengkhianat negara ataupun ahli sihir dan popular di Eropah pada abad ke-18. Dah macam panggang ayam pula kn.. 

6. Necklacing


Sejenis hukuman mati yang popular di Afrika Selatan. Mangsa akan disarungkan getah ataupun tayar kenderaan pada leher mangsa dan kemudiannya disimbah petrol sebelum api dinyalakan.

7. Dipijak gajah

Ini hukuman mati yang popular di kawasan seperti India dan Indochina. Dimana mangsa akan diletakkan di sebuah kawasan lapang dan kemudiannya dipijak oleh gajah-gajah yang terlatih untuk membunuh mangsa.

8. The Five Pains




Hukuman mati yang mengerikan ini popular di China pada sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20. Mangsa akan dikurung atau diiikat sebelum anggota-anggota penting dipotong secara perlahan-lahan.

9. Colombian Necktie


Walaupun bunyinya tidaklah mengerikan seperti hukuman mati yang lain, namun realitinya hukuman yang dijalankan menggunakan kaedah ini sangatlah mengerikan.

Mangsa akan dikelar di bahagian leher, lidah mangsa ditarik keluar dan kelihatan seperti sepasang tali leher.

10. Gantung Dan Sembelih


Merupakan sebuah hukuman mati yang paling sadis sekali di Britain yang biasanya dijatuhkan kepada mereka yang didapati bersalah kerana jenayah pengkhianatan kepada negara. Hukuman ini dimansuhkan oleh parlimen Britain pada tahun 1814.

Itulah 10 jenis hukuman yang sangat sadis pada zaman dahulu. Bahaya dan menggerunkan?

Sumber: Internet





Tiada ulasan:

Catat Ulasan