Selasa, 23 Julai 2019

5 SYARIKAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI SUBSCRIBER TERBANYAK DI DALAM YOUTUBE

      Siapa yang tidak tahu pasal laman web ini? Sebut saja pasal Youtube mesti setiap dari kita sudah tahu dengan laman web ini kan..Sedangkan budak2 kecil pun tahu pasal laman web youtube ini..

Youtube adalah sebuah platform internet yang digunakan oleh orang ramai untuk berkongsi video dan laman web ini sangat terkenal di seluruh dunia pada masa kini. Rata-rata masyarakat sekarang banyak yang menjadikan youtube ini sebagai kerjaya tetap mereka kerana pulangan hasil pendapatan yang diperolehi daripada youtube ini adalah sangat menguntungkan sekali kerana bayaran yang diperolehi adalah dalam bentuk mata wang USD! wow hebat kan! Bayangkan kalau dapat gaji dalam bentuk USD tukar dalam mata wang Malaysia confirm jadi kaya. Bah kan syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan menggunakan platform youtube ini sebagai tempat mereka mempromosikan dan menyiarkan produk serta berita mereka di sini.

Berikut saya sediakan 5 syarikat di Malaysia yang sangat terkenal dengan jumlah subscriber yang sangat banyak di dalam youtube!

1. Les' Copaque Production



    Les' Copaque Production adalah syarikat penerbitan yang menghasilkan filem studio animasi komputer 3D berstatus MSC yang bertapak di Shah Alam, Selangor. Bukan hanya mengerjakan bidang animasi, malah menjadi pengilang penuh yang juga melibatkan pengertian idea, suara rakaman dan pascapenerbitan yang disertakan dengan karya animasinya. Studio ini banyak melibatkan tenaga kerja dari bakat-bakat muda. Mungkin tidak ramai yang mengenali nama syarikat ini tetapi mesti ramai yang kenal dengan animasi Upin dan Ipin kan? Nah filem animasi comel ini adalah antara filem animasi 3D yang sangat popular yang berjaya dihasilkan dan ditayangkan pada tahun 2007 oleh syarikat Les' Copaque Production. Les' Copaque Production kini menjadi syarikat yang pertama di dalam Malaysia dengan jumlah subscriber sebanyak 5,989,676 di dalam youtube! anggaran kutipan hasil pendapatan setiap tahun diantara $459.2K-$7.3M! Tahniah, Les' Copaque Production.

2. Monsta



       Monsta ataupun nama syarikat Animonsta Studios sdn. bhd ini sama seperti syarikat penerbitan Les' Copaque Production kerana kedua2nya merupakan syarikat yang menerbitkan animasi 3D. Antara filem animasi yang popular dihasilkan oleh syarikat Animonsta Studios Sdn. Bhd ini adalah BoBoiBoy. Monsta menjadi syarikat kedua di laman youtube dengan jumlah subscriber sebanyak 4,128,609 dan anggaran kutipan hasil pendapatan setiap tahun diantara $122.4K-$2M!

3. TV3 Malaysia Official



        Mesti ramai yang sudah kenal dengan syarikat ini kerana syarikat ini kita lihat di dalam TV pada setiap hari. Tetapi bagi mereka yang belum tahu mengenai TV3 ini.
TV3 merupakan syarikat siaran televisyen stesen swasta yang ditubuhkan pada tahun 1984. Ia menjadi nombor satu di Malaysia dengan berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai stesen televisyen peneraju utama di negara ini dengan mendekati 32% audiens yang bersamaan dengan 16.4 juta penonton di seluruh Malaysia. Dengan subscriber sebanyak 2,236,984 dan anggaran kutipan hasil pendapatan setiap tahun diantara $107.2K-$1.7M menjadikan TV3 ini berada di tempat ketiga dalam Malaysia.

4. Astro Gempak



     Semua kenal Astro kan? Alah yang bagi bil mahal setiap bulan tu. Tak kan tidak kenal.. HAHAHA  tak la gurau jee. Okeylah ..Tapi yang ini pula sebuah rangkaian televisyen Malaysia yang membayar eksklusif kepada penyedia televisyen satelit Astro dimana ia menyiarkan cerita-cerita gosip mengenai artis & berita hiburan terkini, serta program seperti Akademi Fantasia, Gegar Vaganza, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan dan banyak lagi lah. Kamu check la sendiri.. Tanpa bercakap panjang Astro Gempak ni mencapai subscriber dengan jumlah sebanyak 2,080,6015 bersamaan dengan anggaran pendapatan setiap tahun diantara $75.2K-$1.2M di dalam youtube. Boleh tahan juga Astro ni arr..

5. Mini Monsta - Cartoon for kids


       Arr yg last ni pula sama dengan syarikat yang nombor dua di atas tu cuma yang ini anak kecil dia..Okay oh, syarikat Monsta ni boleh pula dia monopoli dua channel di dalam youtube.. Tapi tu tidak menjadi masalah sebenarnya.. boleh jee banyak channel asalkan menarik.. :) anak kecil kepada syarikat Monsta ini pula sama juga menyediakan animasi kartun-kartun untuk tontonan kanak-kanak kecil tapi berbeza dari segi target penonton jikalau Monsta channel tu ditujukan untuk penonton umur antara 7 tahun ke atas manakala Mini Monsta ini pula ditujukan untuk kanak-kanak prasekolah. Channel youtube kedua syarikat Monsta ini telah berjaya berada di tempat ke-5 di Malaysia dengan jumlah subscriber sebanyak 1,289,883 dan anggaran hasil kutipan pendapatan setiap tahun mencecah diantara $65.3K-$1M di dalam laman youtube! Uish kaya syarikat Monsta ni..

Okey itulah 5 senarai syarikat yang ada di Malaysia ini dengan jumlah subscriber yang banyak. Jangan lupa follow blog ini dan ikuti info menarik seterusnya dari blog ini. Terima kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan