Selasa, 23 Julai 2019

5 YOUTUBER MALAYSIA YANG BERJAYA MENCECAH JUTAAN SUBSCRIBER (2019)

seluar kerja
Di tahun 2019 ini, dunia youtube sudah semakin meluas dan berkembang di seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga dengan negara Malaysia. Walaupun negara Malaysia masih kekurangan youtuber namun terdapat juga beberapa youtuber Malaysia yang telah berjaya mencapai jutaan subscriber. Berikut saya senaraikan 5 youtuber Malaysia yang mempunyai jutaan subscriber dengan content video yang tersendiri:

1. Platabush



Platabush adalah seorang youtuber Malaysia dengan content video animasi minecraft yang diuploadnya di youtube bermula pada tahun 24 Sept 2015 sehingga kini ia telah berjaya mencapai jumlah subscriber sebanyak 3,464,876 dengan anggaran hasil pendapatan sebanyak $84.1K-$1M pada setiap tahun!
Wow!nice Platabush. Kalau ada diantara kamu yang hebat dan berbakat dalam bidang membuat animasi boleh lah try upload video kamu di youtube mana la tau boleh jadi macam Platabush ni..Boleh beli kereta Lamborghini cash!Hehehe..

2. Namewee


Okay, mungkin youtuber kedua ni kamu sudah kenal sebab dia ni seorang penyanyi yang terkenal di youtube dan pernah viral sebab banyak kontervasi.. Duluu la sekarang jarang-jarang sudah., Insaf sudah kali..Haha Beliau bukan sahaja seorang youtuber tetapi juga merupakan seorang artis, komposer, pembuat filem dan pelakon hip hop cina. Uish banyak juga bakat dia ni arh..
Namewee bermula di youtube pada tahun 28 Sept 2006 dan kini beliau sudah berjaya mencecah subscriber sebanyak 2,068,740 dengan anggaran hasil pendapatan setiap tahun sebanyak $35.5K-$567.3K. Perrgghh! Kaya bos ku..

3. Jordan Yeoh Fitness



Kepada kamu yang gemar pergi ke tempat gym untuk mendapatkan badan yang berketul-ketul serta fit ada six pack boleh lah tengok youtube Jordan Yeoh Fitness ini kerana beliau membuat content video tutorial workout dan youtuber ini sudah mencecah subscriber sebanyak 1,729,837 dengan anggaran hasil pendapatan pada setiap tahun sebanyak $8.3K-$132.4K.
Buat video bersenam-senam pun boleh jadi kaya oww..Tunggu apa lagi..Jangan tunggu lama-lama pergi gym sekarang!

4. Alieff Irfan



Youtuber ke-4 ini adalah seorang youtuber yang terkenal sejak kebelakangan ini kerana beliau telah berjaya mencapai 1juta subscriber pada usia yang sangat muda iaitu 21 tahun! Fuiyoo terbaiklah Alieff. Dengan content video berunsurkan cinta-cinta ditambah pula dengan kemahiran beliau dalam bidang editing video menggunakan VFX Editor serta Premier Pro Editor telah membuatkan channel youtube beliau berjaya mencapai subscriber sebanyak 1,592,619 dengan anggaran hasil pendapatan setiap tahun sebanyak $43.3K-$692.6K.


5. Nur Amira Syahira 


Mula menceburi di dalam dunia youtube pada 18 Jun 2011 dengan usia yang sangat muda iaitu muda daripada Alieff Irfan iaitu pada umur 16 dengan bakatnya dalam bermain drum. Adik Nur Amira Syahira ini telah menjadi terkenal kerana viral dia sering membuat video drum cover sehingga membuatkan adik ini berjaya mendapatkan subscriber sebanyak 1,451,864 dengan hasil pendapatan setiap tahun sebanyak $16.5K-$264.5K. Untungnya kecil-kecil berbakat..

Itulah 5 youtuber Malaysia yang berjaya mencecah jutaan subscriber dengan bakat mereka yang tersendiri. Kepada kamu di luar sana yang mempunyai bakat terpendam.Bolehlah serlah kan bakat kamu di laman Youtube. Jangan simpan-simpan nanti rugi. Nanti kalau sudah terkenal jangan lupa belanja saya ..Okey!

1 ulasan: