Kita semua sudah sedia tahu bahawa kereta api itu adalah salah satu kemudahan transportasi yang sangat memudahkan kepada masyarakat untuk pergi ke satu destinasi ke destinasi yang lain dan kereta api ini boleh dikatakan salah satu transportasi yang sangat selamat dan selesa dinaiki.
Bukan itu sahaja, kereta api ini juga adalah salah satu transportasi yang mempunyai tambang yang murah. Masyarakat di negara maju seperti jepun lebih banyak menggunakan kereta api untuk pergi ke tempat kerja mahupun ke tempat-tempat yang lain dibandingkan dengan menggunakan transportasi sendiri kerana ia lebih cepat dan mampu menjimatkan masa.
Tapi, tahukah kamu tidak semua kereta api yang ada di dunia ini adalah selamat untuk digunakan bah kan ada beberapa diantaranya adalah sangat berbahaya untuk dinaiki dan risiko untuk berlakunya kemalangan adalah sangat tinggi namun tetap saja digunakan. Berikut fakta menarik menyediakan 5 laluan kereta api yang sangat berbahaya di dunia ini.
1. Kereta api Chenai ke Rameswaram route, India
Laluan kereta api ini terletak di Pulau Pamban menuju ke tanah besar India yang telah dibuka sejak 24 Februari 1914. Sejak tahun 1988 jambatan ini telah digunakan sebagai pengangkutan Tamil Nadu ke tanah besar dan laluan ini menghubungkan dua buah bandar di India iaitu Chenai dan Rameswaram. Dengan mempunyai kepanjangan landasan sepanjang 2.3 kilometer yang dibina di atas Lautan Hindi.
Menakutkan bukan? cuba bayangkan jika landasan besi kereta api ini akan roboh pada bila-bila masa sahaja..Huuu sukar untuk dibayangkan.
Namun, disamping bahayanya landasan ini ada juga sisi menariknya juga iaitu jambatan besi iaitu laluan kereta api ini boleh dipisahkan bagi tujuan untuk membolehkan kapal laut lain yang ingin melalui kawasan itu dapat melalui dengan mudah.
wow! macam London Bridge pula kan.. Nah, disebabkan faktor bahayanya laluan kereta api tersebut maka dengan itu pihak pengurusan kereta api tersebut akan sentiasa memastikan kereta api yang melintasi jambatan ini akan berada pada kelajuan yang rendah agar tidak berlakunya sebarang kecelakaan dan penumpang akan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.
Okay la tu, biar lambat asalkan selamat tapi alangkah baiknya mereka mencari inisiatif lain untuk buat landasan kereta api yang lebih selamat kan?ini mau juga guna yang bahaya. Bak kata pepatah "Manusia tidak akan pernah sedar selagi tidak berlakunya kesilapan"
Selain itu, laluan kereta api ini juga dikategorikan berbahaya bukan hanya kerana ia berada di atas Lautan Hindi tetapi juga disebabkan ia terdedah dengan angin ribut dan air pasang surut yang boleh mengancam keselamatan nyawa kepada para penumpang pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, laluan kereta api ini juga merupakan laluan kereta api yang terburuk di dunia selepas Florida.
2. Kereta api Minamiaso Route, Jepun
Landasan kereta api yang dimaksudkan ini telah dibina di sekitar kawasan berhampiran pergunungan yang dinamakan gunung Aso iaitu salah satu gunung berapi yang paling aktif di jepun. Bahaya yang ada pada kawasan landasan kereta api ini adalah kerana kedudukannya yang betul-betul berada di sekitar gunung berapi yang paling aktif dan jikalau gunung berapi ini meletus pada bila-bila masa maka peratusan maut yang menimpa kepada penumpang-penumpang yang berada di dalam kereta api itu adalah sangat tinggi sekali!..Gila betul buat laluan kereta api pun di kawasan gunung berapi.
Namun, disebalik bahaya tersebut ada menariknya juga iaitu apabila menggunakan perkhidmatan kereta api ini penumpang biasanya akan dapat melihat pembakaran lava dari jarak jauh. Tidak hairanlah walaupun berbahaya tetapi masih ada penumpang yang berani untuk menaiki kereta api ini.
Disamping itu, laluan kereta ini mula beroperasi dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1928 tetapi menurut sumber pada tahun 2016, jambatan kereta api ini telah mengalami kerosakan teruk akibat daripada bencana gempa bumi kumamoto. Maka dari itu, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan kereta api itu pun semakin berkurangan kerana struktur jambatan yang rapuh dan tidak kukuh lagi..
3. Kereta api Kuranda Scenic Railway, Australia
Laluan kereta api ini lebih kurang sama seperti laluan Chennai ke Rameswaram kerana ia menghubungkan dua tempat iaitu Cairns dan Kuranda di Queensland dimana ia terkenal dengan sajian permandangan indah di sepanjang perjalanannya namun disebalik keindahannya tersebut landasan ini juga terkenal dengan laluannya yang berbahaya.
Untuk pengetahuan bersama, sepanjang perjalanan menaiki kereta api ini, sebanyak 15 terowong, 93 selekoh tajam, dan lebih daripada 40 jambatan yang melepasi tebing dan air terjun terpaksa dilalui oleh setiap kereta api yang beroperasi di sini dan ramai penumpang telah mengeluh mengenai ketidakselesaan mereka dengan perjalanan sepanjang landasan ini berikutan daripada keadaan laluan yang agak curam dan berbahaya.
Perrghh! betul-betul mengundang maut kalau naik ni kereta api. Yg penumpang ni pun silap..sudah tahu bahaya naik juga..budu btl..
Selain itu, laluan kereta api ini juga dikatakan telah siap dibina dan beroperasi sejak tahun 1891. Maka, tidak hairanlah jika laluan ini menjadi warisan dan simbol kebanggaan negara Australia tetapi apa yang mengejutkan adalah pada tahun 2010 merupakan tahun pertama dilaporkan berlakunnya kemalangan di landasan kereta api ini yang berpunca daripada tanah runtuh yang mengelincirkan kereta api dan kesan daripada itu, 5 orang penumpang telah tercedera namun tiada kematian dilaporkan.
Syukurlah masih diberikan peluang untuk hidup..seram pula admin rasa pasal kes ni..
4. Kereta api Death Railway, Myanmar
Mendengar sahaja dari nama laluan kereta api ini sudah cukup menggerunkan kepara para bakal penumpangnya lebih-lebih lagi kepada mereka yang pertama kali ingin menaikinya. Jika ditambah lagi dengan cerita sejarah hitam mengenai laluan kereta api ini yang berlaku pada suatu masa dahulu tentu lebih menakutkan.
Menurut sumber, landasan kereta api Death Railway ini telah berjaya dibina hasil daripada titik peluh dan darah tawanan perang serta pekerja tempatan semasa perang dunia kedua di bawah taklukan empayar jepun pada ketika itu. Dimana lebih daripada 12,000 tahanan tentera Allied dan 90,000 buruh awam telah mati ketika dalam usaha landasan ini. Hal ini disebabkan oleh struktur bentuk muka bumi yang teruk serta keadaan kerja yang buruk. Apatah lagi pada waktu itu tentera jepun yang mengawasi progress kerja-kerja pembinaan laluan ini sudah tentu banyak penyeksaan dan penindasan dilakukan ke atas orang-orang yang terlibat dalam kerja membuat landasan tersebut.
The Hillfire Pass adalah merupakan kawasan yang terkenal paling sukar untuk dibina bagi landasan kereta api Death Railway kerana ia sangat terpencil dan pembinaan landasan disitu juga adalah yang tersukar. Tambahan pula, buruh pada zaman itu tidak dibekalkan dengan peralatan yg baik untuk melakukan kerja-kerja di situ.
Oleh itu, sebagai tanda peringatan yang dedikasi terhadap mereka yang meninggal semasa pembinaan dijalankan serta banyak juga perkuburan perang telah dibuat.
Disamping itu, Death Railway juga dikenali sebagai kereta api Myanmar ataupun kereta api Thai-Myanmar kerana ia menghubungkan Bangkok, Thailand ke Rangoon, Myanmar.
Hmmm.. Jadi inilah sebabnya mengapa Death Railway disenaraikan sebagai laluan paling berbahaya di dunia. Selain daripada landskap yang berbahaya ia juga dihuni oleh semangat jiwa-jiwa yang menjadi korban dalam pembinaan laluan kereta api tersebut.
Huuu seramnya, tidak sanggup admin pergi naik kereta api begitu..rela admin jalan kaki..Hahaha
5. Kereta api White Pass dan Yukon Route, Amerika Syarikat
Laluan ataupun landasan kereta api berbahaya yang terakhir ini merupakan landasan yang terpanjang di antara 4 landasan yang telah admin bahas diatas, di mana panjang landasan ini adalah sekitar 177 kilometer! yang menghubungkan dua negara iaitu Alaska dan Kanada.
Waduh2! ini bukan main alang2 panjang dia ni..ble menghubungkan dua negara geng!
Disamping itu, pada masa kini kereta api ini membawa pelancong dan sesiapa sahaja yang menggembara melalui laluan ini dikatakan sebagai pemberani kerana berupaya berhadapan dengan ketinggian, selekoh serta struktur kawasan yg berbahaya. Dimana ada beberapa jambatan yang dibina di laluan ini boleh mencecah ketinggian sehingga 1,000 meter.
Ble tahan..Ini klu jatuh direct jadi penyet ni..hahaha
Jadi kepada sesiapa yang suka kepada perkara-perkara yang mencabar ataupun ingin mencuba bolehlah memilih laluan ini sebagai cabaran kamurang. Tapi pastikan diri kamu tu benar-benar bersedia agar tidak menyesal ketika sedang berada dalam perjalanan melalui landasan ini. Bak kata pepatah yang patah tidak mempunyai sambungan yang bernas 'Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak menaiki kereta api mana boleh undur sudah', so Good Luck! kepada yang ingin mencuba.
Selain itu, berdasarkan laporan kemalangan yang dibuat bagi laluan ini, seorang pekerja telah maut pada tahun 2006 akibat satu kemalangan serius yang telah terjadi. Seterusnya, 8 tahun kemudian iaitu pada tahun 2014, kereta api tersebut sekali lagi mengalami kemalangan yang menyebabkan kecederaan kepada 19 orang penumpang dan 4 anggota pekerja kereta api tersebut.
So, guys masih berani kah kamu menyahut cabaran ini?Sila berikan komen dibawah dan jangan lupa follow blog ini untuk mendapatkan lebih banyak fakta-fakta menarik yang ada di dunia ini.
Mendengar sahaja dari nama laluan kereta api ini sudah cukup menggerunkan kepara para bakal penumpangnya lebih-lebih lagi kepada mereka yang pertama kali ingin menaikinya. Jika ditambah lagi dengan cerita sejarah hitam mengenai laluan kereta api ini yang berlaku pada suatu masa dahulu tentu lebih menakutkan.
Menurut sumber, landasan kereta api Death Railway ini telah berjaya dibina hasil daripada titik peluh dan darah tawanan perang serta pekerja tempatan semasa perang dunia kedua di bawah taklukan empayar jepun pada ketika itu. Dimana lebih daripada 12,000 tahanan tentera Allied dan 90,000 buruh awam telah mati ketika dalam usaha landasan ini. Hal ini disebabkan oleh struktur bentuk muka bumi yang teruk serta keadaan kerja yang buruk. Apatah lagi pada waktu itu tentera jepun yang mengawasi progress kerja-kerja pembinaan laluan ini sudah tentu banyak penyeksaan dan penindasan dilakukan ke atas orang-orang yang terlibat dalam kerja membuat landasan tersebut.
Oleh itu, sebagai tanda peringatan yang dedikasi terhadap mereka yang meninggal semasa pembinaan dijalankan serta banyak juga perkuburan perang telah dibuat.
Disamping itu, Death Railway juga dikenali sebagai kereta api Myanmar ataupun kereta api Thai-Myanmar kerana ia menghubungkan Bangkok, Thailand ke Rangoon, Myanmar.
Hmmm.. Jadi inilah sebabnya mengapa Death Railway disenaraikan sebagai laluan paling berbahaya di dunia. Selain daripada landskap yang berbahaya ia juga dihuni oleh semangat jiwa-jiwa yang menjadi korban dalam pembinaan laluan kereta api tersebut.
Huuu seramnya, tidak sanggup admin pergi naik kereta api begitu..rela admin jalan kaki..Hahaha
5. Kereta api White Pass dan Yukon Route, Amerika Syarikat
Laluan ataupun landasan kereta api berbahaya yang terakhir ini merupakan landasan yang terpanjang di antara 4 landasan yang telah admin bahas diatas, di mana panjang landasan ini adalah sekitar 177 kilometer! yang menghubungkan dua negara iaitu Alaska dan Kanada.
Disamping itu, pada masa kini kereta api ini membawa pelancong dan sesiapa sahaja yang menggembara melalui laluan ini dikatakan sebagai pemberani kerana berupaya berhadapan dengan ketinggian, selekoh serta struktur kawasan yg berbahaya. Dimana ada beberapa jambatan yang dibina di laluan ini boleh mencecah ketinggian sehingga 1,000 meter.
Jadi kepada sesiapa yang suka kepada perkara-perkara yang mencabar ataupun ingin mencuba bolehlah memilih laluan ini sebagai cabaran kamurang. Tapi pastikan diri kamu tu benar-benar bersedia agar tidak menyesal ketika sedang berada dalam perjalanan melalui landasan ini. Bak kata pepatah yang patah tidak mempunyai sambungan yang bernas 'Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak menaiki kereta api mana boleh undur sudah', so Good Luck! kepada yang ingin mencuba.
Selain itu, berdasarkan laporan kemalangan yang dibuat bagi laluan ini, seorang pekerja telah maut pada tahun 2006 akibat satu kemalangan serius yang telah terjadi. Seterusnya, 8 tahun kemudian iaitu pada tahun 2014, kereta api tersebut sekali lagi mengalami kemalangan yang menyebabkan kecederaan kepada 19 orang penumpang dan 4 anggota pekerja kereta api tersebut.
So, guys masih berani kah kamu menyahut cabaran ini?Sila berikan komen dibawah dan jangan lupa follow blog ini untuk mendapatkan lebih banyak fakta-fakta menarik yang ada di dunia ini.
Terima Kasih sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini!