Selasa, 23 Julai 2019

5 YOUTUBER MALAYSIA YANG BERJAYA MENCECAH JUTAAN SUBSCRIBER (2019)

seluar kerja
Di tahun 2019 ini, dunia youtube sudah semakin meluas dan berkembang di seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga dengan negara Malaysia. Walaupun negara Malaysia masih kekurangan youtuber namun terdapat juga beberapa youtuber Malaysia yang telah berjaya mencapai jutaan subscriber. Berikut saya senaraikan 5 youtuber Malaysia yang mempunyai jutaan subscriber dengan content video yang tersendiri:

1. Platabush



Platabush adalah seorang youtuber Malaysia dengan content video animasi minecraft yang diuploadnya di youtube bermula pada tahun 24 Sept 2015 sehingga kini ia telah berjaya mencapai jumlah subscriber sebanyak 3,464,876 dengan anggaran hasil pendapatan sebanyak $84.1K-$1M pada setiap tahun!
Wow!nice Platabush. Kalau ada diantara kamu yang hebat dan berbakat dalam bidang membuat animasi boleh lah try upload video kamu di youtube mana la tau boleh jadi macam Platabush ni..Boleh beli kereta Lamborghini cash!Hehehe..

2. Namewee


Okay, mungkin youtuber kedua ni kamu sudah kenal sebab dia ni seorang penyanyi yang terkenal di youtube dan pernah viral sebab banyak kontervasi.. Duluu la sekarang jarang-jarang sudah., Insaf sudah kali..Haha Beliau bukan sahaja seorang youtuber tetapi juga merupakan seorang artis, komposer, pembuat filem dan pelakon hip hop cina. Uish banyak juga bakat dia ni arh..
Namewee bermula di youtube pada tahun 28 Sept 2006 dan kini beliau sudah berjaya mencecah subscriber sebanyak 2,068,740 dengan anggaran hasil pendapatan setiap tahun sebanyak $35.5K-$567.3K. Perrgghh! Kaya bos ku..

3. Jordan Yeoh Fitness



Kepada kamu yang gemar pergi ke tempat gym untuk mendapatkan badan yang berketul-ketul serta fit ada six pack boleh lah tengok youtube Jordan Yeoh Fitness ini kerana beliau membuat content video tutorial workout dan youtuber ini sudah mencecah subscriber sebanyak 1,729,837 dengan anggaran hasil pendapatan pada setiap tahun sebanyak $8.3K-$132.4K.
Buat video bersenam-senam pun boleh jadi kaya oww..Tunggu apa lagi..Jangan tunggu lama-lama pergi gym sekarang!

4. Alieff Irfan



Youtuber ke-4 ini adalah seorang youtuber yang terkenal sejak kebelakangan ini kerana beliau telah berjaya mencapai 1juta subscriber pada usia yang sangat muda iaitu 21 tahun! Fuiyoo terbaiklah Alieff. Dengan content video berunsurkan cinta-cinta ditambah pula dengan kemahiran beliau dalam bidang editing video menggunakan VFX Editor serta Premier Pro Editor telah membuatkan channel youtube beliau berjaya mencapai subscriber sebanyak 1,592,619 dengan anggaran hasil pendapatan setiap tahun sebanyak $43.3K-$692.6K.


5. Nur Amira Syahira 


Mula menceburi di dalam dunia youtube pada 18 Jun 2011 dengan usia yang sangat muda iaitu muda daripada Alieff Irfan iaitu pada umur 16 dengan bakatnya dalam bermain drum. Adik Nur Amira Syahira ini telah menjadi terkenal kerana viral dia sering membuat video drum cover sehingga membuatkan adik ini berjaya mendapatkan subscriber sebanyak 1,451,864 dengan hasil pendapatan setiap tahun sebanyak $16.5K-$264.5K. Untungnya kecil-kecil berbakat..

Itulah 5 youtuber Malaysia yang berjaya mencecah jutaan subscriber dengan bakat mereka yang tersendiri. Kepada kamu di luar sana yang mempunyai bakat terpendam.Bolehlah serlah kan bakat kamu di laman Youtube. Jangan simpan-simpan nanti rugi. Nanti kalau sudah terkenal jangan lupa belanja saya ..Okey!

5 SYARIKAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI SUBSCRIBER TERBANYAK DI DALAM YOUTUBE

      Siapa yang tidak tahu pasal laman web ini? Sebut saja pasal Youtube mesti setiap dari kita sudah tahu dengan laman web ini kan..Sedangkan budak2 kecil pun tahu pasal laman web youtube ini..

Youtube adalah sebuah platform internet yang digunakan oleh orang ramai untuk berkongsi video dan laman web ini sangat terkenal di seluruh dunia pada masa kini. Rata-rata masyarakat sekarang banyak yang menjadikan youtube ini sebagai kerjaya tetap mereka kerana pulangan hasil pendapatan yang diperolehi daripada youtube ini adalah sangat menguntungkan sekali kerana bayaran yang diperolehi adalah dalam bentuk mata wang USD! wow hebat kan! Bayangkan kalau dapat gaji dalam bentuk USD tukar dalam mata wang Malaysia confirm jadi kaya. Bah kan syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan menggunakan platform youtube ini sebagai tempat mereka mempromosikan dan menyiarkan produk serta berita mereka di sini.

Berikut saya sediakan 5 syarikat di Malaysia yang sangat terkenal dengan jumlah subscriber yang sangat banyak di dalam youtube!

1. Les' Copaque Production



    Les' Copaque Production adalah syarikat penerbitan yang menghasilkan filem studio animasi komputer 3D berstatus MSC yang bertapak di Shah Alam, Selangor. Bukan hanya mengerjakan bidang animasi, malah menjadi pengilang penuh yang juga melibatkan pengertian idea, suara rakaman dan pascapenerbitan yang disertakan dengan karya animasinya. Studio ini banyak melibatkan tenaga kerja dari bakat-bakat muda. Mungkin tidak ramai yang mengenali nama syarikat ini tetapi mesti ramai yang kenal dengan animasi Upin dan Ipin kan? Nah filem animasi comel ini adalah antara filem animasi 3D yang sangat popular yang berjaya dihasilkan dan ditayangkan pada tahun 2007 oleh syarikat Les' Copaque Production. Les' Copaque Production kini menjadi syarikat yang pertama di dalam Malaysia dengan jumlah subscriber sebanyak 5,989,676 di dalam youtube! anggaran kutipan hasil pendapatan setiap tahun diantara $459.2K-$7.3M! Tahniah, Les' Copaque Production.

2. Monsta



       Monsta ataupun nama syarikat Animonsta Studios sdn. bhd ini sama seperti syarikat penerbitan Les' Copaque Production kerana kedua2nya merupakan syarikat yang menerbitkan animasi 3D. Antara filem animasi yang popular dihasilkan oleh syarikat Animonsta Studios Sdn. Bhd ini adalah BoBoiBoy. Monsta menjadi syarikat kedua di laman youtube dengan jumlah subscriber sebanyak 4,128,609 dan anggaran kutipan hasil pendapatan setiap tahun diantara $122.4K-$2M!

3. TV3 Malaysia Official



        Mesti ramai yang sudah kenal dengan syarikat ini kerana syarikat ini kita lihat di dalam TV pada setiap hari. Tetapi bagi mereka yang belum tahu mengenai TV3 ini.
TV3 merupakan syarikat siaran televisyen stesen swasta yang ditubuhkan pada tahun 1984. Ia menjadi nombor satu di Malaysia dengan berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai stesen televisyen peneraju utama di negara ini dengan mendekati 32% audiens yang bersamaan dengan 16.4 juta penonton di seluruh Malaysia. Dengan subscriber sebanyak 2,236,984 dan anggaran kutipan hasil pendapatan setiap tahun diantara $107.2K-$1.7M menjadikan TV3 ini berada di tempat ketiga dalam Malaysia.

4. Astro Gempak



     Semua kenal Astro kan? Alah yang bagi bil mahal setiap bulan tu. Tak kan tidak kenal.. HAHAHA  tak la gurau jee. Okeylah ..Tapi yang ini pula sebuah rangkaian televisyen Malaysia yang membayar eksklusif kepada penyedia televisyen satelit Astro dimana ia menyiarkan cerita-cerita gosip mengenai artis & berita hiburan terkini, serta program seperti Akademi Fantasia, Gegar Vaganza, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan dan banyak lagi lah. Kamu check la sendiri.. Tanpa bercakap panjang Astro Gempak ni mencapai subscriber dengan jumlah sebanyak 2,080,6015 bersamaan dengan anggaran pendapatan setiap tahun diantara $75.2K-$1.2M di dalam youtube. Boleh tahan juga Astro ni arr..

5. Mini Monsta - Cartoon for kids


       Arr yg last ni pula sama dengan syarikat yang nombor dua di atas tu cuma yang ini anak kecil dia..Okay oh, syarikat Monsta ni boleh pula dia monopoli dua channel di dalam youtube.. Tapi tu tidak menjadi masalah sebenarnya.. boleh jee banyak channel asalkan menarik.. :) anak kecil kepada syarikat Monsta ini pula sama juga menyediakan animasi kartun-kartun untuk tontonan kanak-kanak kecil tapi berbeza dari segi target penonton jikalau Monsta channel tu ditujukan untuk penonton umur antara 7 tahun ke atas manakala Mini Monsta ini pula ditujukan untuk kanak-kanak prasekolah. Channel youtube kedua syarikat Monsta ini telah berjaya berada di tempat ke-5 di Malaysia dengan jumlah subscriber sebanyak 1,289,883 dan anggaran hasil kutipan pendapatan setiap tahun mencecah diantara $65.3K-$1M di dalam laman youtube! Uish kaya syarikat Monsta ni..

Okey itulah 5 senarai syarikat yang ada di Malaysia ini dengan jumlah subscriber yang banyak. Jangan lupa follow blog ini dan ikuti info menarik seterusnya dari blog ini. Terima kasih!

Sabtu, 20 Julai 2019

10 NEGARA INI MEMPUNYAI NILAI MATA WANG YANG SANGAT MAHAL

Selamat datang kembali ke blog Fakta Menarik! Jangan lupa Follow blog ni yerr supaya kamu tidak akan ketinggalan dengan fakta-fakta menarik yang ada di dunia kita ini.. Okey.. Selamat membaca! Enjoy~

Seperti yg kita tahu bahawa wang itu sangat penting bagi kehidupan manusia sehari2 bah kan juga sangat penting bagi pembangunan sesebuah negara dengan kewangan ataupun ekonomi yang banyak maka sebuah negara itu akan bertambah lebih maju..

Tapi setiap negara itu pastinya mempunyai perbezaan dari segi nilai mata wangnya masing2 kn dan perbezaan nilai mata wang itulah yg akan membuatkan setiap negara itu berbeza dari segi kemajuannya.

Berikut dibawah ini fakta menarik sediakan 10 negara yang mempunyai nilai mata wang yang sangat mahal di dunia!

1. Dinar Kuwait


Sumber: Google

Nilai mata wang: 1 Dinar Kuwait bersamaan US$3.30 dan jikalau ditukarkan ke ringgit Malaysia ia akan menjadi RM13.56

Dinar Kuwait merupakan nilai mata wang tertinggi di dunia. Matawang ini diperkenalkan pada tahun 1961 untuk menggantikan Rupee Teluk.

2. Dinar Bahrain


Sumber: Google

Nilai mata wang: 1 Dinar Bahrain bersamaan US$2.65 dan jikalau ditukarkan ke ringgit Malaysia ia akan menjadi RM10.89!

Dinar merupakan mata wang Bahrain. Dinar diperkenalkan pada 1965 menggantikan rupee Teluk pada kadar 10 rupees bersamaan dengan 1 Dinar.

3. Rial Oman


Sumber: Google

Nilai mata wang: 1 Rial Oman bersamaan US$2.60 dan jikalau ditukarkan ke ringgit Malaysia ia akan menjadi RM10.69

Rial merupakan mata wang Oman.

4. Lats Latvia


Sumber: Google

Nilai mata wang: 1 Lats Latvia bersamaan US$1.61 dan jikalau ditukarkan ke ringgit Malaysia ia akan menjadi RM6.62

Lats merupakan mata wang rasmi negara Latvia sejak 1992 menggantikan mata wang Rublis. Matawang ini terbahagi kepada 5, 10, 20, 50, 100 dan 500 Latu.

5. Pound Sterling Britain


Sumber: Google

Nilai mata wang: 1 Pound Sterling Britain bersamaan US$1.43 dan jikalau ditukarkan ke ringgit Malaysia ia akan menjadi RM5.88

Pound Sterling merupakan mata wang United Kingdom, Jersey, Guernsey, The Isle of Man, South Georgia dan South Sandwich Islands, The British Antarctic Territory dan Tristan da Cunha.

6. Dinar Jordan


Sumber: Google

Nilai mata wang:1 Dinar Jordan bersamaan US$1.41 dan jikalau ditukarkan ke ringgit Malaysia ia akan menjadi RM5.79

Dinar merupakan nilai mata wang Bahrain.

7. Dollar Cayman Island


Sumber: Google

Nilai mata wang: 1 Dollar Cayman Islands bersamaan US$1.22 dan jikalau ditukarkan ke ringgit Malaysia ia akan menjadi RM5.01

Dollar Cayman Islands merupakan mata wang Cayman Islands.

8. Euro


Sumber: Google

Nilai mata wang: 1 Euro bersamaan US$1.08 dan jikalau ditukarkan ke ringgit Malaysia ia akan menjadi RM4.44

Euro merupakan mata wang rasmi di negara-negara zon Euro iaitu Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Ireland, Itali, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia dan Sepanyol. Euro merupakan mata wang tunggal untuk 320 juta warga Eropah.

9. Franc Swiss


Sumber: Google

Nilai mata wang: 1 Franc Swiss bersamaan US$0.98 dan jikalau ditukarkan ke ringgit Malaysia ia akan menjadi RM4.03

Franc Swiss merupakan mata wang negara Swizerland dan Liechtenstein sejak tahun 1798.

10. Dinar Libya


Sumber: Google

Nilai mata wang: 1 Manat Azerbaijan bersamaan US$0.72 dan jikalau ditukarkan ke ringgit Malaysia ia akan menjadi RM2.96

Dinar merupakan mata wang Libya. Dinar digunakan di Libya sejak tahun 1971.



Khamis, 18 Julai 2019

10 JENIS HUKUMAN MATI PALING MENGGERUNKAN DALAM SEJARAH DUNIA

Selama berabad-abad lamanya dunia telah menyaksikan banyak bentuk hukuman dimana beberapa dianataranya berbentuk kejam dibandingkan dengan hukuman lain.

Beberapa bentuk hukuman yang sadis dan tidak bertamadun ini mungkin sudah tidak ada lagi dan hanya dapat kita baca dari catatan sejarah.

1. Ditanam Hidup-Hidup


Di antara jenis hukuman mati yang popular sejak zaman dahulu lagi adalah, mangsa yang dijatuhui hukuman akan ditanam ke dalam tanah dalam keadaan masih hidup. Mangsa akan mati kerana sesak nafas.

2. Sarang Ular


Kebiasaannya, mangsa akan dimasukkan ke dalam lubang yang dipenuhi ular berbisa. Mangsa akan mati disebabkan kegagalan jantung kerana bisa daripada ular-ular tersebut.

3. The Spanish Tickler


Sejenis penyeksaan yang sangat popular di Eropah pada zaman pertengahan. Mangsa akan diseksa dengan menggunakan sejenis peralatan yang berbentuk seperti cakar yang akan menyiat kulit pada tubuh sehingga koyak. Mangsa akan mati akibat kehilangan darah yang banyak.

4. Menghiris 


Mangsa akan dihiris dengan menggunakan objek tajam seperti pisau ataupun pedang sehingga mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak. Aduh.. Sakitnya tu. Kita boleh bayangkan bertapa terseksanya pesalah itu dihiris setiap dagingnya secara perlahan-lahan sampai dia mati. Entahlah, apa jenis kesalahan yang dilakukan oleh pesalah itu sehingga dikenakan hukuman seperti itu.

5. Unggun Api


Kebiasaannya, hukuman jenis ini akan dijatuhkan kepada pengkhianat negara ataupun ahli sihir dan popular di Eropah pada abad ke-18. Dah macam panggang ayam pula kn.. 

6. Necklacing


Sejenis hukuman mati yang popular di Afrika Selatan. Mangsa akan disarungkan getah ataupun tayar kenderaan pada leher mangsa dan kemudiannya disimbah petrol sebelum api dinyalakan.

7. Dipijak gajah

Ini hukuman mati yang popular di kawasan seperti India dan Indochina. Dimana mangsa akan diletakkan di sebuah kawasan lapang dan kemudiannya dipijak oleh gajah-gajah yang terlatih untuk membunuh mangsa.

8. The Five Pains




Hukuman mati yang mengerikan ini popular di China pada sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20. Mangsa akan dikurung atau diiikat sebelum anggota-anggota penting dipotong secara perlahan-lahan.

9. Colombian Necktie


Walaupun bunyinya tidaklah mengerikan seperti hukuman mati yang lain, namun realitinya hukuman yang dijalankan menggunakan kaedah ini sangatlah mengerikan.

Mangsa akan dikelar di bahagian leher, lidah mangsa ditarik keluar dan kelihatan seperti sepasang tali leher.

10. Gantung Dan Sembelih


Merupakan sebuah hukuman mati yang paling sadis sekali di Britain yang biasanya dijatuhkan kepada mereka yang didapati bersalah kerana jenayah pengkhianatan kepada negara. Hukuman ini dimansuhkan oleh parlimen Britain pada tahun 1814.

Itulah 10 jenis hukuman yang sangat sadis pada zaman dahulu. Bahaya dan menggerunkan?

Sumber: Internet





Rabu, 17 Julai 2019

10 MAKANAN YANG DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA YANG SINGKAT!

Tidak ramai yang bersungguh-sungguh dan berjaya menurunkan berat badan akibat tabiat makan yang sukar diubah atau mudah tergoda dengan makanan tinggi kalori.

Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk ulang kembali jika terbantut di permulaan dalam usaha anda menurunkan berat badan. Lihat semula tips dan panduan mengawal tabiat makan dan ubah menu diet jika terlalu ekstrim.

Berikut 10 jenis bahan makanan sesuai untuk anda yang mahu turunkan berat badan yang terdiri daripada pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan teh.

1. Tembikai



Tembikai kaya dengan mineral seperti beta karotena, magnesium, fosforus, kalsium, zat besi, kuprum dan zink; merupakan sejenis buah yang sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Tembikai mempunyai sifat laksatif (julap) yang membantu proses pencernaan dan mencegah penyimpanan lemak, yang mana akan mengelakkan pertambahan berat badan.

Ia juga kaya dengan serat dan dikenali sebagai 'buah pengempis perut'. Jumlah kalori tembikai juga sangat rendah iaitu sebanyak 38 kalori per 100 gram sahaja.

Sama ada dimakan begitu sahaja, dibuat jus atau smoothie, jumlah pengambilan dalam satu masa tidak boleh terlalu banyak. Cukup bersederhana sahaja.

2. Lemon


Merupakan antioksidan yang kuat, lemon mengandungi paras vitamin C yang tinggi dan mengaktifkan rembesan hempedu dalam tubuh untuk membantu pencernaan makanan.

Asid sitrik dalam lemon juga menolong perut membakar lemak dan protein.

Lemon boleh dinikmati dalam bentuk air lemon suam atau dihiris lalu dimasukkan ke dalam air kosong dan disimpan dalam peti sejuk. Boleh juga masukkan lemon dalam masakan atau salad.

Jumlah kalori lemon hanyalah 33 kalori per 100 gram.

3. Nanas


Nanas, salah satu buah yang bagus dimakan untuk menurunkan berat badan kerana mengandungi bromelain secara semula jadi, iaitu enzim pembakar lemak terbaik.

Enzim bromelain membantu proses penyingkiran lemak dengan memecahkan tisu sel.

Satu lagi kebaikan nanas adalah membantu pencernaan protein haiwan jadi, ia sesuai dimasukkan ke dalam masakan daging lembu atau kambing untuk membantu proses pencernaan makanan.

Cara lain, tambahkan nanas dalam salad, dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Jumlah kalori nanas ialah 33 kalori per 100 gram.

4. Lobak Hitam


Lobak hitam atau 'black radish' merupakan perencat selera (atau nafsu makan melampau) yang sangat berkesan kerana memiliki paras protein sayur dan iodin yang tinggi dan berkesan dalam membantu menurunkan berat badan.

Lobak hitam merangsang fungsi kelenjar tiroid dan juga merupakan makanan detoks yang bagus dan jumlah kalori lobak hitam amat rendah iaitu hanya 17.8 kalori per 100 gram.

5. Adas/Jintan Hitam


Adas atau habbatussauda mengandungi tidak kurang daripada sedozen elemen antioksidan, terutamanya flavonoid yang penting dalam menyingkirkan radikal bebas.

Adas kaya dengan potasium dan kalsium serta mempunyai jumlah kalori 20 kalori per 100 gram.

Adas sememangnya makanan ideal untuk mengelak pertambahan berat badan tetapi dalam masa yang sama tetap membekalkan mineral kepada tubuh.

6. Lobak Merah


Sayur berwarna oren ini mengandungi kepekatan karotenoid (vitamin A), beta dan alfa karotena yang tinggi dan sangat berguna dalam membantu menurunkan berat badan.

Setiap 100 gram lobak merah, sudah memadai untuk membekalkan lebih daripada separuh keperluan harian seorang dewasa.

Ia juga mengandungi vitamin B dan K. Selain itu terdapat juga potasium, kalsium, magnesium dan zat besi dalam kuantiti yang mencukupi untuk tubuh.

Jumlah kalori lobak merah ialah 36 kalori per 100 gram ini boleh dinikmati mentah dan dijadikan snek. Jika gemar tekstur lebih lembut, boleh dikukus dahulu.

7. Tomato Ceri


Tomato ceri bersaiz lebih kecil berbanding tomato biasa dan kaya dengan magnesium, kalsium, vitamin C serta vitamin B9.

Sifat diuretik yang ada pada tomato ceri mampu bantu penyingkiran toksin dalam kuantiti yang besar, justeru membantu mengelakkan penimbunan lemak dalam tubuh.

Tomato ceri mempunyai 29 kalori per 100 gram ini sering dimasukkan ke dalam salad atau diletakkan dalam sandwic dan pasta.

8. Raspberi


Merupakan salah satu buah dari jenis beri, Raspberi mempunyai kandungan serat yang tinggi yang berupaya melancarkan pencernaan dan secara tidak langsung banyak membantu dalam menurunkan berat badan

Ia juga kaya vitamin C, magnesium dan kalsium. Jumlah kalori ialah 45 kalori per 100 gram.

9. Timun


Timun terdiri daripada 97% air menjadikan timun sebagai makanan diuretik yang paling 'top' dalam senarai bahan makanan yang boleh membantu menurunkan berat badan.

Timun mampu menggalak dan mempercepatkan penurunan berat badan.

Selain itu, timun juga kaya vitamin K dan rendah kalori. Jumlah kalori timun hanyalah 12 kalori per 100 gram. Timun boleh dijadikan ulam atau dibuat jus.

10. Teh


Teh mempunyai hanya 0 ke 1 kalori per 100 gram sahaja dan kandungan polifenol dalam teh membantu pembakaran lemak dalam tubuh, manakala sifat diuretiknya pula membantu penyingkiran toksin.

Nikmati teh panas ketika dalam proses menurunkan berat badan tapi awas, jangan pula ditambah gula kerana gula mempunyai kalori yang tinggi.


10 FAKTA MENARIK TENTANG KENTUT MANUSIA

Kentut. Bila cakap soal kentut saja mesti ramai yang tak suka sebab busuk, tak ada adab bila kentut dan macam-macam lagi.


Untuk pengetahuan anda semua, kentut datang dari dalam usus. Didalam usus terdapat gas yang berasal dari udara dan oksigen yang kita hirup atau telan.

Jadi, kalau banyak bakteria yang tidak baik didalam usus, makin berbaulah kentut anda tu. Tapi, janganlah pula anda menganggap kentut itu satu perbuatan yang jijik kerana ia adalah bagus untuk kesihatan.

Berikut adalah 10 fakta paling menarik tentang kentut manusia.

1. Hanya 1% je daripada gas kentut yang dikeluarkan, yang mempunyai bau busuk. 99% yang selebihnya adalah odourless! 1% tersebut adalah sulfurous. Cis, kongasam kau sulfurous!

2. Secara purata, manusia normal akan kentut 14 kali sehari. Sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.

3. Pengambilan makanan yang ber¡±angin¡± seperti cauliflower, kobis, kekacang, broccoli, dan gandum akan buat badan produce lebih banyak gas/kentut. Makanan yang mengandungi Fructose (sejenis gula dalam buah/susu) juga akan menyebabkan banyak gas. Itu yang sampai tahap kentut dalam setiap rakaat solat tapi taknak mengaku.

4. Daging, telur dan bawang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi, menyebabkan kentut lebih berbau puaka daripada biasa.

5. Kentut adalah bahan flammable atau mudah terbakar. Jadi, jangan kentut di tepi unggun api.

6. Eat smaller meals, stay calm, dan exercise frequently akan bantu badan dan minda mengawal pengeluaran kentut dengan lebih baik. Hiargh!

7. Kepelbagaian bunyi kentut adalah disebabkan oleh jumlah kandungan gas, the force at which it is expelled, and the tightness of the sphincter muscles (otot di saluran tersebut ).

8. Tahan kentut tidak membahayakan kesihatan, tapi boleh menyebabkan kekejangan dan tidak selesa pada perut.

9. Kaum wanita lebih sensitive tentang kentut di tempat awam, kerana kentut wanita sebenarnya mengandungi hydrogen sulfide yang lebih tinggi (lebih berbau), berbanding kentut lelaki.

10. Banyak kajian dijalankan untuk menghasilkan pills yang boleh menukarkan bau kentut kepada bau coklat, rose dan berries. Omgggg nak! - Sentiasa Panas

Isnin, 15 Julai 2019

5 ISTERI PEMIMPIN PALING BOROS DALAM SEJARAH

1. Marie Antoinette


       Sehingga kini, Marie Antoinette Pemaisuri Raja Louis ke-14 masih lagi digelar sebagai ikon gaya hidup mewah dan penuh glamor. Masakan tidak, pesta dan kendurinya di istana sentiasa menjadi bualan warga Perancis.

Antoinette juga dikenali dengan dengan sifat boros beliau dalam membelanjakan dana negara untuk tujuan kenduri, berfoya-foya dan pesta yang melampaui batas. Ianya seakan menyemarakkan lagi gerakan tunjuk perasaan oleh kaum tani Perancis yang sedang dilanda kebuluran dan kelaparan. Kesempitan hidup golongan ini berpunca daripada desakan tuan tanah dan kaum feudal.

Setelah kehabisan dana negara, Raja Louis terpaksa mengenakan cukai pertanian yang membebankan kaum tani. Sementelah, isterinya boleh menempah pakaian dan membeli intan berlian tatkala ramai petani sedang mati kelaparan.

Pada 12 September 1792, ledakan Revolusi Perancis akhirnya berjaya menghapuskan sistem Raja. Wakil kaum tani dengan sebulat suara bersetuju supaya leher Permaisuri Marie Antoinette dipenggal pada 16 Oktober 1793.

2. Evita Peron


      Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua di Amerika Latin, seorang "minah ranggi" dan "janda berhias" bernama Evita Peron akhirnya menjadi isteri kedua Kolonel Juan Peron. Jangan terkejut jika dikatakan yang beliau pandai menyanyi dan berlakon. Oleh sebab kelahirannya tidak sah taraf, Evita terpaksa mengubah tarikh lahirnya menjadi 3 tahun lebih muda bagi tujuan manipulasi.

Akhirnya Juan Peron menjadi presiden Argentina pada tahun 1946 disebabkan rampasan kuasa yang terjadi di negara itu. Sebaik Juan Peron dilantik menjadi presiden, Evita sekaligus menggelarkan dirinya sebagai "First Lady of Argentina".

Menurut sejarah Argentina, Evita dirakamkan sebagai figura yang berpengaruh dalam bidang politik Kolonel Peron. Melalui populariti yang dikecapinya ini, Evita berjaya mengambil harta negara. Pada tahun 1947, Evita bercuti ke Eropah dengan alasan untuk sebuah lawatan rasmi negara. Menerusi dakwaan oleh musuh politik, 'lawatan' ini sebenarnya bertujuan untuk membuka akaun bank di Switzerland.

Ternyata, Evita dibenci dan mencetuskan kontroversi hingga ke akhir hayatnya. Ketika mayatnya diawet dan dipamerkan kepada orang awam sementara monumen disiapkan untuk jenazahnya, Peron terpaksa lari ke luar negara dek kerana rampasan kuasa tentera pada tahun 1955. Pada masa itu, mayat Evita turut hilang dilarikan tanpa jejak sehingga menjadi misteri selama 16 tahun.

Akhirnya, jenazahnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna di Itali akibat tertanam serta dirosakkan. Mayat Peron juga dicincang rakyatnya. Tangannya dipotong dengan gergaji dan dijadikan tebusan bernilai $8 juta.

3. Raden Ayu Siti Hartinah


       Raden Ayu Siti Hartinah atau mesra dipanggil "Ibu Tien", merupakan isteri kedua kepada Jeneral Suharto. Pada tahun 1965, sebuah rampasan kuasa dilakukan Jeneral Suharto yang menerima tajaan CIA.

Ibu Tien juga menjadi "First Lady of Indonesia" yang amat berpengaruh. Media tempatan dan luar negara juga melaporkan tentang peranan Ibu Tien di sebalik kuasa pemerintahan Jeneral Suharto pada ketika itu.

Jeneral Haji Muhamad Suharto dikenali dengan cara pemerintahan yang kejam dan ganas. Buktinya, Suharto telah membunuh lebih dari 3 juta penyokong Sukarno bagi mengukuhkan rampasan kuasa yang dilakukannya. Selepas berjaya memegang kuasa sebagai pemimpin, ribuan warga Indonesia telah hilang. Pada tahun 1975, Suharto menyerang dan menawan East Timor iaitu tanah jajahan Portugal.

Jeneral Suharto juga memerangi gerakan pembebasan Papua Merdeka dan Gerakan Acheh Merdeka. Sejak itu, ramai mula menggelar Radin Ayu Siti Hartinah sebagai "Ibu Ten Percent". Ini kerana setiap projek di Indonesia yang mahu mendapat kelulusan diwajibkan membayar duit kopi berjumlah 10% kepadanya.

Jeneral Suharto juga dikhabarkan menjadi orang terkaya di Asia. Beliau turut berkawan rapat dengan ramai bangsawan Tionghua bagi mengumpul harta dan berjoli. Semua kroninya mendapat kekebalan politik dan diplomatik atas alasan persaudaraan dengan keluarga Suharto.

Oleh sebab kemarahan rakyat, Suharto dipaksa turun tahta pada 21 Mei 1998 melalui rusuhan besar-besaran yang dimulai dengan "Tragedi Tri Sakti".

4. Imelda Marcos


       "First Lady of The Philipinnes", Imelda Marcos merupakan bekas ratu cantik yang terlibat dalam dunia pelacuran kepada golongan berkuasa. Akhirnya, Imelda berkahwin dengan Presiden Marcos, seorang diktator yang berkuasa di Filipina dari tahun 1965 hingga 1986.

Imelda cukup berpengaruh dalam kerajaan Marcos. Beliau dikatakan telah merompak dan merampas harta milik negara Filipina selama tempoh 20 tahun. Oleh sebab dasar anti-komunis, misi Marcos juga dipelihara dan dibantu oleh CIA dan Amerika Syarikat.

Pada zaman pemerintahan Marcos, ratusan aktivis NGO dan anti-diktator hilang tanpa dijejaki. Warga Filipina juga terpaksa melayan sifat Imelda yang muncul di kaca televisyen dan surat khabar pada setiap hari. Segala kenduri dan pesta yang diadakan oleh Imelda menjadi bualan satu dunia sehingga hari ini.

Imelda juga pernah menganjurkan festival filem yang dicanang sebagai lebih berprestij dari Festival Filem Cannes. Pada tahun 1986, semuanya berakhir apabila jutaan rakyat Filipina berkumpul di jalan raya bagi menghalau kaum keluarga Marcos keluar dari negara itu.

Muzium Marikina, "Sarang Sepatu" yang menyimpan 3000 pasang kasut Imelda Marcos adalah antara tinggalan sejarah kisah wanita yang cukup dikenali dengan sifat boros ini. Nilai barang kemas Imelda yang dirampas kerajaan sahaja bernilai $365 juta.

5. Leila Ben Ali


       Leila Ben Ali asalnya hanya bekerja sebagai pendandan rambut, namun berjaya berkahwin secara licik dengan Zainal Abidin Ali. Pada tahun 1987, Zainal Abidin Ali merampas kuasa untuk menjadi Presiden Tunisia.

Leila kemudiannya mengarahkan media Tunisia untuk memanggil dirinya "First Lady of Tunisia". Leila telah menubuhkan SAIDA iaitu badan amal untuk melawan penyakit barah. Ia bagi membuktikan beliau merupakan seorang figura yang prihatin. Melalui SAIDA ini juga, dana negara telah disalurkan ke poketnya sendiri.

Gaya hidup Leila seringkali mencuri tumpuan. Media Perancis melaporkan yang Leila pernah menghantar sebuah pesawat khas untuk terbang ke Selatan Perancis semata-mata demi membeli aiskrim kegemarannya.

Pada 4 Januari 2011, seorang pemuda bernama Mohamed Bouazizi telah melakukan protes dengan membakar dirinya sendiri. Oleh itu, sebuah gerakan jalan raya telah berlaku di Tunisia yang menamatkan kuasa Leila dan Zainal Abidin yang dipegang selama tempoh 22 tahun.

Sewaktu menjadi buruan rakyat, Leila dan Zainal memecah masuk ke dalam Bank Negara Tunisia dan melarikan 60 kilo jongkong emas ke Saudi Arabia. Kerajaan baru Tunisia menjatuhkan hukuman 35 tahun penjara kepada pasangan suami isteri ini. Sehingga hari ini, Interpol masih sedang memburu Leila dan Zainal atas tuduhan membunuh serta melarikan dana negara.








Sabtu, 13 Julai 2019

5 LALUAN KERETA API YANG SANGAT BERBAHAYA DI DUNIA


      Kita semua sudah sedia tahu bahawa kereta api itu adalah salah satu kemudahan transportasi yang sangat memudahkan kepada masyarakat untuk pergi ke satu destinasi ke destinasi yang lain dan kereta api ini boleh dikatakan salah satu transportasi yang sangat selamat dan selesa dinaiki. 

Bukan itu sahaja, kereta api ini juga adalah salah satu transportasi yang mempunyai tambang yang murah. Masyarakat di negara maju seperti jepun lebih banyak menggunakan kereta api untuk pergi ke tempat kerja mahupun ke tempat-tempat yang lain dibandingkan dengan menggunakan transportasi sendiri kerana ia lebih cepat dan mampu menjimatkan masa.

Tapi, tahukah kamu tidak semua kereta api yang ada di dunia ini adalah selamat untuk digunakan bah kan ada beberapa diantaranya adalah sangat berbahaya untuk dinaiki dan risiko untuk berlakunya kemalangan adalah sangat tinggi namun tetap saja digunakan. Berikut fakta menarik menyediakan 5 laluan kereta api yang sangat berbahaya di dunia ini.

1. Kereta api Chenai ke Rameswaram route, India

Laluan kereta api ini terletak di Pulau Pamban menuju ke tanah besar India yang telah dibuka sejak 24 Februari 1914. Sejak tahun 1988 jambatan ini telah digunakan sebagai pengangkutan Tamil Nadu ke tanah besar dan laluan ini menghubungkan dua buah bandar di India iaitu Chenai dan Rameswaram. Dengan mempunyai kepanjangan landasan sepanjang 2.3 kilometer yang dibina di atas Lautan Hindi. 


Menakutkan bukan? cuba bayangkan jika landasan besi kereta api ini akan roboh pada bila-bila masa sahaja..Huuu sukar untuk dibayangkan.

Namun, disamping bahayanya landasan ini ada juga sisi menariknya juga iaitu jambatan besi iaitu laluan kereta api ini boleh dipisahkan bagi tujuan untuk membolehkan kapal laut lain yang ingin melalui kawasan itu dapat melalui dengan mudah.


wow! macam London Bridge pula kan.. Nah, disebabkan faktor bahayanya laluan kereta api tersebut maka dengan itu pihak pengurusan kereta api tersebut akan sentiasa memastikan kereta api yang melintasi jambatan ini akan berada pada kelajuan yang rendah agar tidak berlakunya sebarang kecelakaan dan penumpang akan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. 

  Okay la tu, biar lambat asalkan selamat tapi alangkah baiknya mereka mencari inisiatif lain untuk buat landasan kereta api yang lebih selamat kan?ini mau juga guna yang bahaya. Bak kata pepatah "Manusia tidak akan pernah sedar selagi tidak berlakunya kesilapan"

Selain itu, laluan kereta api ini juga dikategorikan berbahaya bukan hanya kerana ia berada di atas Lautan Hindi tetapi juga disebabkan ia terdedah dengan angin ribut dan air pasang surut yang boleh mengancam keselamatan nyawa kepada para penumpang pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, laluan kereta api ini juga merupakan laluan kereta api yang terburuk di dunia selepas Florida.

2. Kereta api Minamiaso Route, Jepun

Landasan kereta api yang dimaksudkan ini telah dibina di sekitar kawasan berhampiran pergunungan yang dinamakan gunung Aso iaitu salah satu gunung berapi yang paling aktif di jepun. Bahaya yang ada pada kawasan landasan kereta api ini adalah kerana kedudukannya yang betul-betul berada di sekitar gunung berapi yang paling aktif dan jikalau gunung berapi ini meletus pada bila-bila masa maka peratusan maut yang menimpa kepada penumpang-penumpang yang berada di dalam kereta api itu adalah sangat tinggi sekali!..Gila betul buat laluan kereta api pun di kawasan gunung berapi.


Namun, disebalik bahaya tersebut ada menariknya juga iaitu apabila menggunakan perkhidmatan kereta api ini penumpang biasanya akan dapat melihat pembakaran lava dari jarak jauh. Tidak hairanlah walaupun berbahaya tetapi masih ada penumpang yang berani untuk menaiki kereta api ini.


Disamping itu, laluan kereta ini mula beroperasi dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1928 tetapi menurut sumber pada tahun 2016, jambatan kereta api ini telah mengalami kerosakan teruk akibat daripada bencana gempa bumi kumamoto. Maka dari itu, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan kereta api itu pun semakin berkurangan kerana struktur jambatan yang rapuh dan tidak kukuh lagi..

Hmmm..kn sudah kena bencana barulah takut mau naik.. Esh3x..



3. Kereta api Kuranda Scenic Railway, Australia

Laluan kereta api ini lebih kurang sama seperti laluan Chennai ke Rameswaram kerana ia menghubungkan dua tempat iaitu Cairns dan Kuranda di Queensland dimana ia terkenal dengan sajian permandangan indah di sepanjang perjalanannya namun disebalik keindahannya tersebut landasan ini juga terkenal dengan laluannya yang berbahaya.


Untuk pengetahuan bersama, sepanjang perjalanan menaiki kereta api ini, sebanyak 15 terowong, 93 selekoh tajam, dan lebih daripada 40 jambatan yang melepasi tebing dan air terjun terpaksa dilalui oleh setiap kereta api yang beroperasi di sini dan ramai penumpang telah mengeluh mengenai ketidakselesaan mereka dengan perjalanan sepanjang landasan ini berikutan daripada keadaan laluan yang agak curam dan berbahaya. 


Perrghh! betul-betul mengundang maut kalau naik ni kereta api. Yg penumpang ni pun silap..sudah tahu bahaya naik juga..budu btl..

Selain itu, laluan kereta api ini juga dikatakan telah siap dibina dan beroperasi sejak tahun 1891. Maka, tidak hairanlah jika laluan ini menjadi warisan dan simbol kebanggaan negara Australia tetapi apa yang mengejutkan adalah pada tahun 2010 merupakan tahun pertama dilaporkan berlakunnya kemalangan di landasan kereta api ini yang berpunca daripada tanah runtuh yang mengelincirkan kereta api dan kesan daripada itu, 5 orang penumpang telah tercedera namun tiada kematian dilaporkan. 

Syukurlah masih diberikan peluang untuk hidup..seram pula admin rasa pasal kes ni..

4. Kereta api Death Railway, Myanmar

Mendengar sahaja dari nama laluan kereta api ini sudah cukup menggerunkan kepara para bakal penumpangnya lebih-lebih lagi kepada mereka yang pertama kali ingin menaikinya. Jika ditambah lagi dengan cerita sejarah hitam mengenai laluan kereta api ini yang berlaku pada suatu masa dahulu tentu lebih menakutkan.


Menurut sumber, landasan kereta api Death Railway ini telah berjaya dibina hasil daripada titik peluh dan darah tawanan perang serta pekerja tempatan semasa perang dunia kedua di bawah taklukan  empayar jepun pada ketika itu. Dimana lebih daripada 12,000 tahanan tentera Allied dan 90,000 buruh awam telah mati ketika dalam usaha landasan ini. Hal ini disebabkan oleh struktur bentuk muka bumi yang teruk serta keadaan kerja yang buruk. Apatah lagi pada waktu itu tentera jepun yang mengawasi progress kerja-kerja pembinaan laluan ini sudah tentu banyak penyeksaan dan penindasan dilakukan ke atas orang-orang yang terlibat dalam kerja membuat landasan tersebut.


The Hillfire Pass adalah merupakan kawasan yang terkenal paling sukar untuk dibina bagi landasan kereta api Death Railway kerana ia sangat terpencil dan pembinaan landasan disitu juga adalah yang tersukar. Tambahan pula, buruh pada zaman itu tidak dibekalkan dengan peralatan yg baik untuk melakukan kerja-kerja di situ.

Oleh itu, sebagai tanda peringatan yang dedikasi terhadap mereka yang meninggal semasa pembinaan dijalankan serta banyak juga perkuburan perang telah dibuat.

Disamping itu, Death Railway juga dikenali sebagai kereta api Myanmar ataupun kereta api Thai-Myanmar kerana ia menghubungkan Bangkok, Thailand ke Rangoon, Myanmar.

Hmmm.. Jadi inilah sebabnya mengapa Death Railway disenaraikan sebagai laluan paling berbahaya di dunia. Selain daripada landskap yang berbahaya ia juga dihuni oleh semangat jiwa-jiwa yang menjadi korban dalam pembinaan laluan kereta api tersebut.

Huuu seramnya, tidak sanggup admin pergi naik kereta api begitu..rela admin jalan kaki..Hahaha

5. Kereta api White Pass dan Yukon Route, Amerika Syarikat

Laluan ataupun landasan kereta api berbahaya yang terakhir ini merupakan landasan yang terpanjang di antara 4 landasan yang telah admin bahas diatas, di mana panjang landasan ini adalah sekitar 177 kilometer! yang menghubungkan dua negara iaitu Alaska dan Kanada.


Waduh2! ini bukan main alang2 panjang dia ni..ble menghubungkan dua negara geng!

Disamping itu, pada masa kini kereta api ini membawa pelancong dan sesiapa sahaja yang menggembara melalui laluan ini dikatakan sebagai pemberani kerana berupaya berhadapan dengan ketinggian, selekoh serta struktur kawasan yg berbahaya. Dimana ada beberapa jambatan yang dibina di laluan ini boleh mencecah ketinggian sehingga 1,000 meter.



Ble tahan..Ini klu jatuh direct jadi penyet ni..hahaha

Jadi kepada sesiapa yang suka kepada perkara-perkara yang mencabar ataupun ingin mencuba bolehlah memilih laluan ini sebagai cabaran kamurang. Tapi pastikan diri kamu tu benar-benar bersedia agar tidak menyesal ketika sedang berada dalam perjalanan melalui landasan ini. Bak kata pepatah yang patah tidak mempunyai sambungan yang bernas 'Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak menaiki kereta api mana boleh undur sudah', so Good Luck! kepada yang ingin mencuba.

Selain itu, berdasarkan laporan kemalangan yang dibuat bagi laluan ini, seorang pekerja telah maut pada tahun 2006 akibat satu kemalangan serius yang telah terjadi. Seterusnya, 8 tahun kemudian iaitu pada tahun 2014, kereta api tersebut sekali lagi mengalami kemalangan yang menyebabkan  kecederaan kepada 19 orang penumpang dan 4 anggota pekerja kereta api tersebut.

So, guys masih berani kah kamu menyahut cabaran ini?Sila berikan komen dibawah dan jangan lupa follow blog ini untuk mendapatkan lebih banyak fakta-fakta menarik yang ada di dunia ini.

Terima Kasih sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini!